Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Sembang #19 : Amy Mastura

Masih aku ingat, Cikgu Mastura. Matapelajaran kajian tempatan, darjah 5. "Boleh bagi cikgu contoh sekolah yang mengambil nama tokoh tempatan?", tanya cikgu. Pelbagai jawapan diberi, sekolah nama sultan, sekolah nama dato', beriya kami sekelas menjawab. Aku angkat tangan,"Sekolah Amy Mastura cikgu!", waktu tu cerita Puteri Impian tengah top. Membe aku menambah,"Sekolah Ziana Zain", ditambah dengan gelak tawa rakan-rakan. Zaaaasss!! Penampar kapit hinggap di muka kami berdua. Tak chill la cikgu.