Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Sembang #6 : Tabuh Berbunyi

Mula-mula aku sampai di Miri, malam dia lebih awal dari semenanjung. Dah macam time zone lain. Tapi taklah sampai jetlag . Tapi sembahyang memang lag , pukul 6 dah cerah! Subuh gajah seminggu..

Sembang #5 : Anak Omputih Pandai

Aku dan isteri suka muat naik video kembar kami seharian. Dalam Facebook atau Instagram, yang mana kami rasa lebih senang dari berkongsi dengan atuk nenek melalui Whatsapp. Maklumlah, cucu pertama, duduk jauh. Oleh kerana si kembar ni bersekolah di Amarika, bahasa mereka adalah Inggeris. Bahasa melayu tak sampai sepuluh patah yang si kembar tahu. Ada yang tegur, cakap mereka pandai sebab berbahasa Inggeris. Berbahasa Inggeris itu pandai, stereotaip Malaysia paling agung.

Sembang #4 : Mat Saleh

Aku pergi Terminal Bersepadu Selatan (TBS), hantar adik naik bas. Canggih, ada acah-acah KLIA dah sistem nak naik bas dia. Aku letak kereta dalam terminal. Waktu nak bayar, mesin bayaran tu cakap,"Please insert your parking tiket". Mungkin mat saleh je yang parking dalam terminal.

Sembang #3 : Uber Bapak

Abah datang ke Kuala Lumpur, jadinya aku sebagai anak soleh pergilah menjadi Uber kepada abah. Dia turun di Lapangan Terbang Subang. Perjalanan ke hotel tempat dia bermesyuarat, memerlukan aku lalu di lebuhraya persekutuan. Aku banyak bercerita sepanjang jalan tentang kesesakan biasa di lebuhraya. Abah diam, matanya meliar memerhati kiri dan kanan lebuhraya yang penuh dengan papan-papan iklan besar. Akhirnya dia bersuara,"Apa dia ingat kita duduk Amarika ke yang semua iklan bahasa Inggeris".

Sembang #2 : Tatabahasa

Aku pernah ada blog sekitar tahun 2008. Menulis ketika itu adalah mudah. Tatabahasa aku masih bagus. Sekarang aku kekok. Aku tahu bahasa aku banyak salah, tapi di mana salahnya aku tak tahu. Melayu bangsa aku, bahasa aku bahasa melayu. Kadang-kadang aku nampak bangsa aku memperlekehkan grammar english sesama sendiri. Konon mereka lebih pandai berbahasa penjajah dari yang lain. Tapi tatabahasa melayu macam lahanat.

Sembang #1 : Kerja Nak Sedap

Abah seorang wartawan. Masa sekolah rendah, aku rasa kerja abah aku paling cool . Abah orang lain bosan. Masa aku pilih kursus nak masuk universiti, abah ada cakap,  "Tak payah la jadi wartawan macam abah". Memang anak cenderung nak ikut jejak ayah, atau mungkin aku terpengaruh dengan Superman. Malam-malam tengok " The New Adventure of Superman ", ada rasa nak kerja dekat Daily Planet gamaknya. Budak tahu apa. Dah besar aku ikut je kerja mana yang dapat duit banyak. Wartawan tak boleh fikir duit kalau nak kepuasan dalam kerja. Macam abah dan Superman.

Cerita Jet Lag #1 : Intro

Imbas kembali tahun 2004, bermula sesi kenyit mata dengan Nadia. Kami satu sekolah, tingkatan 5 mestilah kena mula cari calon bini. Kelas aku paling depan, dia paling belakang. Senang cerita, aku pandai, dia ehemm.. Dia jenis awek yang ramai abang angkat, jenis yang tiba-tiba ada orang bagi coklat dalam meja. Aku jenis malas berusaha, kenyit mata tu kira paling usahalah. Melihatkan kedudukan kelas tu sendiri, aku ramalkan dia jadi cikgu taska. Memang terbaik pemikiran  tingkatan 5 aku. Baru kenyit mata, dah boleh bayang dia duduk rumah main dengan anak-anak aku sambil tunggu aku balik kerja dengan kereta Ferarri merah. Lepas SPM, aku mula mengorak langkah pencarian bini. Aku memang anak murid yang patuh, cikgu tak bagi couple masa sekolah. Jadinya, lepas SPM barulah bermula sesi perkenalan. Keputusan SPM keluar, seperti yang aku jangka. Aku dapat biasiswa asasi. Dia dapat masuk matrikulasi. Syukur, cikgu taska berpendidikan matrikulasi. Ikut ramalan aku. Tapi, lain kisahnya di ma

Pembuka Cerita

Tahukah anda, jetlag dalam bahasa melayu (ya, aku sengaja pakai melayu bukan malaysia) bermaksud gangguan ritma harian? Tahap ilmu sesuatu bangsa itu boleh dinilai dari sudut bahasa itu sendiri.  Adakah bahasa bangsa itu bersedia dengan ilmu?