Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2017

Sembang #32 : Kalau Hidup Semudah Itu

"Why you always need to go back to Malaysia", tanya Adif. "I need to work, to get some money for us", jawab aku mudah.  Lalu si Adif berlari masuk bilik, tak lama kemudian datang dekat aku. "I got money! Now you don't have to go back anymore!', tersenyum sambil hulur syiling Quarter Dollar. Benda macam ni, aku ingat iklan Petronas je. Bila kena dekat diri sendiri baru tahu. Is it worth the money?

Sembang #31 : Ekspresif

Sekolah di Amarika membuatkan kembar aku lebih ekspresif. Mereka beritahu segala apa mereka rasa dan fikir dengan yakin. Membesarkan anak, lebih-lebih lagi kembar sangat susah. Dengan aku berjauhan, kadang-kadang rasa aku gagal sebagai parent. Satu hari aku duduk tukar bateri mainan si kembar. Jadi bila dah siap mainan tu mulalah keluar bunyi dan bergerak. Dengan spontan dua-dua datang dan cium pipi. "You are my hero", kata si Alisya.  Aku terkesima kejap. I think i need that. Thanks Alisya.

Sembang #30 : Bieber Fever

Aku ke Alabama, baru-baru ni. Perjalanan lenih kurang 12 jam. Jadi masa dalam kereta banyak dengar radio. Jadi keluarlah lagu Justin Bieber dekat radio. Sayup-sayup aku dengar ada orang sing along. Anak perempuan aku duk nyanyi sambil goyang-goyang atas kerusi. Bieber Fever comes early! WTH!

Cerita Jet Lag #14 : 12 Jam

2 minggu aku di Oklahoma, sampai masa untuk pulang. Nak dijadikan cerita, oleh kerana aku beli tiket terlalu awal, adalah flight connecting tu yang cancel. Jadi route perjalanan aku terpaksa diubah. Hanya transit di Taipei yang mampu untuk sampai on time supaya aku tak payah ambil cuti lagi. Masalah dia, hampir 12 jam waktu transit aku. Malam pulak tu. Pasrah je la. Di Oklahoma City, aku check in di kaunter macam biasa, Tapi kali ni cukup lama masa yang di ambil. Lebih setengah jam untuk keluarkan boarding pass aku. Lepas kucar-kacir sana sini, call macam-macam orang, akhirnya minah di kaunter tu macam putus asa. Katanya, dia tak boleh check in aku sampai Kuala Lumpur. Aku kena lalu imegresen, dan keluar di Taiwan nanti. Masalah dia adalah, kau perlu visa untuk ke Taiwan katanya. Jadi dia call American Airline dekat Taiwan untuk setelkan sesampainya aku disana. Aku dah prepare mental dan fizikal untuk 12 jam di Taipei. Google macam-macam pasal airport dia. Siap beli buku untuk ba

Sembang #29 : Kita Semua Pelabel

Baru ni aku pergi ke US lagi. Hari aku sampai, President Trump baru sign Executive Order yang ban 7 negara majoriti muslim dari masuk US. American membantah sekeras-kerasnya. Semua International Airport termasuk DFW airport yang aku sampai tu penuh dengan orang yang datang protes. Dan mereka ini kebanyakannya adalah rakyat Amerika asal, bukan immigrant. Dari kecik sampai besar aku di momokkan yang Amarika itu jahat. Israel itu jahat. Dan mereka harus di pandang dan di labelkan secara umum begitu. Melihatkan American dan Jew yang datang protes untuk muslim yang terkandas, jelas yang kita dan Trump takda bezanya. Cuma kita Islam dan kita perasan kita lagi suci dan merekalah jahat hakiki. Sebagaimana kita tak mahu dilabelkan sama macam kes 1MDB dan Najib, begitu juga mereka. Kita tak mahu dilabel pengganas, mungkin kita kena mula dengan berhenti melabelkan mereka.

Cerita Jet Lag #13 : Motor Town

Sampai di Incheon, aku ke Detroit menaiki Delta Airline. Detroit ni boleh kata macam hub untuk Delta Airline la sebenarnya. Jadi penerbangan seterusnya ke Oklahoma City. Sampai dekat airport aku suka merayau dulu. Usha kawasan kata orang. Perati dulu gate dekat mana. Detroit boleh kata besar jugak airport dia, tapi tak boleh lawan Dallas atau LAX la. Design airport dia pun simple, dua bangunan lurus di hubungkan oleh satu terowong bawah tanah. Memang jauh ke dalam tanah terowong dia. Boleh tahan jauh jugak. Jadi perjalanan aku ke Amarika setakat ini masih lagi indah. Tapi Detroit adalah permulaan cabaran dia. 2 jam aku tunggu dekat gate ke Oklahoma City, tiba-tiba ada pengumuman yang flight rosak. Jadi nak kena tukar flight. 45 minit sebelum berlepas. Tapi bila dia umum gate baru, semua kaget. Gate yang aku tunggu adalah paling hujung, dan gate baru juga paling hujung, tapi di terminal satu lagi. "We will be boarding in 15 minutes, guys please be quick", kata mamat yang

Cerita Jet Lag #12 : Sharing Is Caring

Oktober 2014, aku berangkat ke Amarika lagi. Lepas dah study harga tiket dan masa perjalanan, maka aku putuskan yang terbaik adalah Delta Airline. Walaupun dia lajak ke Michigan, tapi masa perjalanan aku kurang disebabkan tempoh transit yang pendek. Jadi aku belilah tiket dan bergeraklah ke KLIA pada hari yang aku beli. Sebelum datang, aku print siap-siap email airline, lipat bubuh dalam beg. Sampai ke KLIA, aku tengok email tu dari Airfrance. Garu kepala sekejap. Hari tu la baru aku tau perihal codeshare. Beli tiket dengan Delta Airline. Email confirmation dari AirFrance. Naik flight KoreanAir. Aku claim point dengan KLM. Jadi menujulah aku ke Incheon, Korea buat pertama kalinya. Kamsahamitaaaaa!