Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017

Sembang #37 : Cerita Cita

Waktu aku membesar, abah kerja jauh. Dia balik rumah hujung minggu saja. Jadi hari-hari aku akan belek suratkhabar cari berita yang abah tulis. Sekurang-kurangnya tak dapat jumpa, baca berita pun jadilah. Lama-lama minat menulis tu datang. Pernah jugak la menang pertandingan karangan kecil-kecilan. Cuma bila dah besar, minat tu makin pudar. Membaca pun makin kurang. Sekarang menulis balik pun dah tunggang-langgang. Aku tengok anak perempuan aku sangat minat buat kek, biskut dan yang sewaktu dengannya. Aku tengok mak ayah orang putih sangat supportive atas minat anak-anak. Aku tahu budak-budak ni kadang-kadang minat sekejap je. Tapi aku akan cuba la layan setakat mampu untuk minat si Alisya ni. Kot nanti masuk masterchef budak-budak sape tau. Si Adif, aku harap la dinosour hidup balik. Boleh dia kerja dekat Dinosour Park . Aaamin.

Sembang #36 : Tak Nyabor

Orang Malaysia umumnya tak sabar, ikut pengalaman aku keluar masuk LRT selama 5 tahun danjuga lift. Belum sempat orang dalam keluar, orang luar dah masuk. Sampai tahap dalam jamban pun tak nyabor. Orang baru bukak pintu jamban dah nak masuk! Intim sangat tu pak cik oi!