Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2016

Sembang #13 : Berjaya Kaya

Bini aku suka tunjuk instagram budak-budak jual tudung yang dulu sekolah tak habis, sekarang dah kaya raya. Ada juga yang professional, doktor, jurutera dan pensyarah, kaya sebab jual tudung dan benda-benda yang sewaktu dengannya. Mereka juga diangkat media bagai idola, satu figura untuk dijadikan ikutan. Kalau semua professional di Malaysia ni nak tinggalkan bidang masing-masing demi kejar duit berniaga tudung, penduduk kita akan jadi kaya, tanpa ilmu untuk maju. Bila definasi berjaya itu kaya.

Cerita Jet Lag #7 : California dan Imigresen

Sampai di Los Angeles, beratur panjang untuk masuk. LAX, kod nama untuk lapangan terbang Los Angeles adalah yang kedua paling sibuk di Amarika sebab ini adalah macam pintu masuk sebelah barat Amerika. Kalau di timur, Chicago adalah pintu masuk utama dia. Jadi sedang beratur, segala kemungkinan bermain dalam kepala aku. Yelah, kita dimomokkan bahawa Amarika ini benci Islam. Sedikit sebanyak terkesan juga dalam otak. Sampai giliran kami, macam-macam soalan ditanya. Pegawai imigresen dia nampak garang je semua. Setelah diperiksa segala dokumen dan paspot. Kami dibenarkan masuk ke Amarika. Dua orang anak, tentulah digendong guna baby carrier . Pinggang kembali terasa sakit. Kami kena ambil beg untuk pemeriksaan beg pula. Beg-beg yang besar tu aku tolak untuk pemeriksaan TSA, Transformation Security Administration . Mereka ni lah yang akan cek barang-barang. Jadi muka kena yakin. Kalau tak, semua beg kau kena selongkar. Tapi muka kami tak yakin, kami penat dan kelam kabut dengan anak

Sembang #12 : Apa Pun Tak Boleh

Pengalaman aku soal agama, banyak kali aku di ingatkan perihal azabnya neraka. Aku perhati surau atau masjid banyak tampal cerita pasal dosa-dosa. Bagi aku bagus, cuma aku rasa tak seimbang dengan informasi syurga dan pahala. Kita kerap kali di ingatkan tentang apa yang tak boleh. "Makin kita marah, makin dia buat", kata-kata tipikal mak ayah di Malaysia. Kita tak belajar apa-apa dari kata-kata mak ayah ni.

Cerita Jet Lag #6 : Air Oren Mustajab

Sampai waktu masuk ke pesawat menuju Los Angeles dari Narita, macam biasa penumpang dengan bayi akan masuk dahulu. Sekali lagi, MAS tak mengecewakan aku. Nak dijadikan cerita, krew kabin Narita dah beritahu dengan krew kabin Los Angeles pasal kami sekeluarga. Jadinya masa masuk tu, kembar aku ni dah macam famous dengan krew kabin. Yang terbaik dia dapatkan satu barisan tempat duduk hanya untuk aku sekeluarga. Jadi ikut suka la budak nak ke sana ke mari. Seperti yang sedia maklum, waktu pesawat nak berlepas, kita disaran suruh anak minum susu. Supaya telinga dia tak tersumbat. Kalau tak, dia akan rasa tak selesa. Dan bila budak tak selesa, dia menangis. Bila dia menangis, satu pesawat tengok kau macam nak makan.  7 jam perjalanan, budak dah bosan sangat. Bila nak berlepas, semua tak nak minum susu. Mungkin dah kenyang. Tapi nak kena minum juga, takut telinga tersumbat. Pesawat berlepas, anak aku masih tak mau minum. Jadinya, berlakulah perkara yang aku paling takut. Renungan sat

Sembang #11 : Berkadar Terus

Troli duduk kat parking spot adalah pemandangan biasa di AEON/JUSCO. Bini aku pernah mengomel hal ni, "Kenapalah orang malaysia ni..", acah-acah mengeluh gitu. Aku faham benda ni berkait rapat dengan mentaliti rendah rakyat kita. Alih-alih kita upah bangla kutip troli. Tapi tanpa kita sedar, mentaliti ini disokong kuat oleh persekitaran kita. Aku suruh bini aku tengok di sekitar tempat parking , satu tempat simpan troli pon takde. Kena jalan jauh masuk balik AEON semata-mata nak simpan troli. Perlakuan orang Malaysia ini selari dengan persekitaran dia.  Dekat IKEA pandai je kemas meja makan.

Cerita Jet Lag #5 : Budak Tidur, Kau Tidur

Terbang di pagi hari ada yang tak syok dia. Kau segar. Dengan kata lain kau tak boleh tidur. Tapi memandangkan banyak benda yang diuruskan sebelum berlepas, sedikit sebanyak rasa letih tu ada. Rasa mengantuk pun datang dengan sendirinya. Tapi, ada dua beradik ni segar bukan main. Adif dan Alisya. Ini bukan pertama kali si kembar terbang. Tapi mungkin meningkat usia, minda baru berhubung bak kata iklan. Jadinya semua benda adalah menarik. Tak boleh duduk diam. Jadinya penat kami ni taklah berpenghujung lagi melayan anak-anak dalam 7 jam penerbangan ke Narita, Tokyo. Nak layan cerita dalam pesawat jangan harap. Satu cerita pun tak habis tengok. Tapi oleh kerana kami ni dah menyusahkan pramugari MAS dari mula-mula masuk lagi. Jadi si kembar selalulah di tegur oleh mereka ni. Adalah juga muka lain yang layan budak-budak ni. Seperti lazimnya kau bawa anak kecil terbang, kau dapat keutamaan. Kau dapat makan dulu, malah pramugari pun duk buat susu. Tak lama kemudian barulah si kembar t

Sembang #10 : Financial Free Of Charge

" Financial Freedom ". Ayat paling popular dikalangan pekerjaan yang berkisar mencari downline . Baik insurans, takaful, MLM mahupun unit amanah. Jadinya definasi kepada financial freedom adalah lebih menjurus kepada kekayaan tahap dewa, tak perlu fikir pasal duit, menurut sesetengah mereka. Aku rasa fikiran sebegini mewujudkan budaya bangsa yang tak sihat. Kebebasan seseorang manusia itu adalah berdasarkan sebanyak mana wang yang dia ada. Konsep ini dah dipakai dari zaman dulu, nama dia hamba abdi. Kita cuma hamba abdi moden.

Sembang #9 : 786 Alhamdulillah

Bangsa Malaysia suka mengkritik. Walau banyak kritikan beremosi, tapi ada juga yang masuk akal. Tapi kerap kali kritikan itu dipatahkan dengan nasihat supaya bersyukur oleh pihak yang bertanggungjawab. LRT selalu rosak. Bersyukurlah ada LRT. Biasiswa selalu masuk lambat. Bersyukurlah dapat biasiswa. Tiba-tiba kena pindah tempat kerja. Bersyukurlah masih ada kerja. Kejadian tembak-menembak. Bersyukurlah, Indonesia lagi teruk. Tukaran RM ke US Dollar naik mendadak. Bersyukurlah, nanti pelancong ramai. Bangsa kita keliru atau sengaja mengelirukan hak dan tanggungjawab dengan perkataan bersyukur. Sebabnya, bersyukur itu berkait rapat dengan tuhan. Jadinya manusia kalau dah terdesak, dia akan heret tuhan sama dalam masalah dia. Itu biadap.

Cerita Jet Lag #4 : Malaysia Airlines

Tahun 2008, 8 bulan aku buat praktikal di Malaysia Airlines (MAS). Tempoh cukup lama. Ada staff yang ingat aku memang kerja situ dah. Aku tak pernah naik kapal terbang walau sekali pun sebelum aku praktikal dengan MAS walaupun rumah aku dekat kampung betul-betul tepi pagar lapangan terbang. Aku praktikal bahagian  Online Ticketing , masa tu tengah hangat kempen "Everyday Low Fare" untuk lawan kempen Air Asia. Jadi aku tahu bila tiket murah, bermula dari situ, aku lupakan bas. haha Jadi aku ada sentimen dengan MAS, ada romantis dia. Oleh kerana perjalanan aku sekeluarga sampai ke Los Angeles dengan MAS, aku sedikit lega. Berbalik kepada kedudukan tempat duduk yang jauh dalam perjalanan kami ke Tokyo, masa sampai waktu masuk pesawat tu, kami di beri keutamaan sebab bawa bayi. Jadinya, memang jauhlah tempat duduk kami, barang semua dalam beg yang sama. Perjalanan 7 jam agak tak praktikal la kami nak bergerak untuk ambil barang. Kedudukan kerusi dalam pesawat adalah 3-4-3.

Cerita Jet Lag #3 : Baby Carrier

Selepas sesi bersalaman, linangan air mata syahdu di pagi raya, kami menuju ke Terminal M, destinasi pertama, Tokyo. Ketika perjalanan kami ke pintu pelepasan saja, aku dah sedar kesilapan besar yang aku buat. Memilih untuk bawa baby carrier daripada bawa stroller . Untuk yang bujang, baby carrier itu macam beg untuk isi baby dan letak baby tu dekat depan. Kira macam Kanggaroo la nak senang cerita. Hujah aku untuk tak bawa stroller adalah kerana saiz dia dan betapa banyaknya barang yang kami kena bawa selain stroller . Alisya agak berat untuk bayi berumur 10 bulan. Tembam tak ingat. Atuk nenek duk suap susu hari-hari. Untuk galas Alisya dengan baby carrier sambil bawa barang-barang, cukup menyeksakan bahu dan pinggang aku. Pintu untuk ke Tokyo pula adalah yang paling hujung sekali dalam Terminal M. Azab. Dia punye berat, sampai kalau aku dah tak galas pun, bahu aku masih rasa macam ada beban. Macam cerita hantu Thailand, Shutter. Pengajaran untuk ibu bapa sekalian, bawalah str

Sembang #8 : Stereotaip

Balik kerja, berjalan menghala LRT, aku nampak seorang pak cik tengok kiri-kanan, cari arah mungkin. Umur 60-an, berbangsa cina, pakaian kemas. Aku terus berjalan sambil senyum simpul. Melihatkan senyuman menawan itu, dia pun sapa aku lalu bertanya. "Hai dik, boleh tanya sikit. Mana mau pergi bangunan Convention Centre ye?", tanya pak cik cina tu. Sesat rupanya. "You walk straight to centre court, turn left.There's a tunnel to Convention Centre", jawab aku. "Ok. Terima kasih ye", jawab pak cik cina tu sambil terus jalan ikut arah yang aku tunjuk. Sepanjang perjalanan aku dari Stesen LRT sampailah ke rumah, aku tak faham kenapa aku cakap English dengan pak cik cina tu sedang dia tanya elok ikut bahasa melayu. Bangang itu cukup terasa. Otak aku dah stereotaip yang bangsa cina tak pandai cakap melayu ke?

Cerita Jet Lag #2 : Daftar Masuk

Hari raya kedua tahun 2013, 9 Ogos, hari yang dipilih sebagai tarikh berangkat ke Oklahoma. Nak beraya juga walau sehari. Tiket mahal. Tak bolehlah balik selalu. Jadinya kita raya sakan dulu. Subuh hari itu kami berangkat ke KLIA. Perjalanan nampak mudah. Dari Kuala Lumpur ke Tokyo, Tokyo ke Los Angeles, Los Angeles ke Oklahoma City dan akhir sekali Oklahoma City ke Stillwater. Mudah abah kau! Kembar kami baru berusia 10 bulan. Perjalanan dengan anak kecil cukup melecehkan. Tanyalah ibu bapa yang lain, barang-barang dia punyalah banyak. Dari lampin, susu, baju, ubat dan banyak lagi. Untuk aku, berganda, semuanya perlu berganda disebabkan kembar, Semua barang ni kami perlu bawa bersama dalam penerbangan. Perjalanan kami mengambil masa lebih dari 24 jam, jadi stok barang perlulah cukup untuk lebih dari 24 jam. Sebagai seorang ayah, aku pastikan hal-hal pergerakan beg terkawal. Isi beg, Kerja nadia. Daftar masuk hari raya kedua. Dalam otak aku, membayangkan KLIA yang lengang tanpa m

Sembang #7 : Berat Mu Zahid

Tengah aku duduk sedap sembang pasal bahasa, Zahid Hamidi pergi berucap di PBB dalam bahasa Inggeris sebarainya. Memang kelakar. Jadi setiap isu akan adalah orang komen itu ini. Kebanyakannya menjurus kepada Zahid Hamidi memalukan Malaysia. Seorang pemimpin bertaraf dunia haruslah pandai bertutur dalam bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi planet bumi seperti yang mereka lihat dalam filem-filem Amerika. Nanti senang kalau Alien ubah fikiran nak serang Kuala Lumpur, kita boleh sembang. Zahid Hamidi balik Malaysia. Dia keluar kenyataan,  " Sebagai orang Malaysia perlu fahami bahawa di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung,  berbanding dengan rakyat Malaysia yang telah 25 tahun tinggal di negara ini tetapi masih tidak fasih berbahasa Melayu ". Dalam bab ini, aku bersama Zahid Hamidi.  Cumanya, berlatih la sikit sebelum pergi berucap di PBB lepas ni.