Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Sembang #28 : Commute

4 tahun di kota Kuala Lumpur, aku lihat manusia habiskan masa dalam perjalanan. Ada yang makan masa 2 jam ke tempat kerja. Hampir setahun di Miri, aku lihat benda yang sama tapi cara berbeza. Saban minggu terbang ke semenanjung. kalau tengok kekerapan flight dekat Miri, tak padan dengan rupa airport kecik tu. Aku tak nampak trend ini akan berubah. Pengorbanan dalam perjalanan ini untuk apa. Dulu aku rasa, usia muda ni, kena bersusah dahulu. Jauh takpa. Tapi yang naik flight hujung minggu ramai-ramai tu ada je yang rambut putih. Entah-entah ada cucu. Susah dahulu senang kemudian pale otak ang. Kena muhasabah perjalanan karier ni.

Sembang #27 : Jujur Seorang Budak

Facetime dengan anak dara aku, umur 4 tahun. Selalu bila datang Amarika, aku akan bawak buah tangan. Senang cerita mainan la. Jadi dia request mainan kali ni. "I want a doll that looks just like you, so i can see you everyday", kata Alisya. Hati sayu, hanya senyuman je aku balas.

Sembang #26 : Ini Kalilah Konon

Ekonomi sekarang, dengan kerajaan yang sedia ada, menyedihkan. Di pihak pembangkang, menyalahkan Najib Razak atas segalanya. Berhimpun mintak dia berundur. Dua pilihanraya, dia masih di situ. Rakyat disalahkan kerana masih memilih Najib Razak. Mari kita lihat, apa pembangkang buat untuk menjatuhkan Najib Razak dengan cara betul. Aku bukan pro mana-mana parti ye. Hanya sekadar buah fikiran untuk kita renungkan pemimpin cap apa yang ada untuk pilihan kita kelak.  Calon pembangkang Parlimen Pekan PRU 2013, Fariz Musa. Seorang Cikgu. Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Terengganu. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Terengganu. Calon pembangkang Parlimen Pekan PRU 2008, Khairul Anuar Ahmad Zainudin. Aktivis. Angkatan Muda KEADILAN Selangor. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Selangor. Nak salahkan orang pekan pilih Najib?  Semua nak selamat diri sendiri je. Berani sangat pergi la hadap dia dekat Pekan.  Nak tawan Malaysia konon.

Sembang #25 : Pekan Kecil Siviknya Besar

Stillwater hanyalah sebuah pekan kecil. Kalau boleh aku umpamakan, hanyalah sebesar Bangi di Selangor. Satu hari, masa aku pergi tukar minyak hitam kereta, satu pekan Stillwater blackout. Aku nak balik ke rumah. Lampu isyarat semua padam. Aku cerita sikit pasal perancangan bandar di Amarika amnya, supaya lebih faham betapa kritikalnya situasi ni. Mereka ini pakai konsep blok. Maknanya, berpetak. Blok-blok ini dipisahkan dengan jalan. Jadi konsep begini menyebabkan mereka ada banyak simpang 4. Seterusnya, banyak lah lampu isyarat. Aku dah fikir jem teruk dah ni. Aku dah boleh bayang huru-hara dia kalau dekat Jalan Ampang ni. Sorang polis pon takda bayang nak datang jaga trafik. Peliknya, di simpang 4, kereta aku tak berhenti terlalu lama. Aku peratikan semua kereta bergerak satu demi satu. Ikut giliran, ikut arah jam. Takda yang nak cuba-cuba potong giliran. Begitulah yang berlaku di semua simpang 4 yang lain dalam perjalanan ke rumah. Stillwater mungkin bukan tempat orang kaya

Cerita Jet Lag #11 : Kuala Lumpur Aku Datang

Aku naik MAS, sampai di KLIA, dengar pengumuman. "Kepada semua warganegara Malaysia, selamat pulang ke tanah air". Tersentuh hati. Baru 7 bulan tak balik. Ye, aku memang patriotik. Sampai rumah, cari tiket balik Amarika. Tertinggal bini.

Cerita Jet Lag #10 : Komplikasi Narita

Dari Los Angeles, ke Jepun untuk transit sebelum menuju ke Kuala Lumpur. 4 jam transit, aku amik peta airport Narita, aku perati mana port nak lepak. Ada tempat sembahyang rupanya. Nampak ada label prayer room. Peta airport Narita ni, kau tengok sekali, susah nak faham. Jadinya, aku ke hulu hilir mencari surau. Orang Jepun pulak memang English tak faham. Lagi la aku putus asa nak tanya. Dari satu terminal ke terminal yang lain aku jalan, tak jumpa jugak. Naik flight, aku tidur sampai Kuala Lumpur. Penat cari surau. Ada hasil jugak berenti Jepun.

Sembang #24 : Bahaya Idea

Dunia sekarang, semua orang boleh berhujah berdasarkan idea masing-masing. Hujah mereka ini dipaksa untuk dibaca melalui newsfeed media sosial rakan-rakan mereka. Hujah mereka mungkin bengap, tapi melalui cara paksa baca ini, lebih ramai akan terjerumus dalam kebengapan yang sama. Jadi tulislah blog. Bengap sorang-sorang cukup.

Sembang #23 : Bangsa Tak Buang Sampah

Aku pergi tengok orang lawan bola. Tepi gelanggang ada papan tanda amaran, jangan buang sampah merata. Uniknya, amaran tu dalam bahasa inggeris dan bahasa cina. Orang melayu tak buang sampah?

Sembang #22 : Kerja Mulia

Cakap-cakap yang tak elok pasal profession kerja cikgu dek kerana sorang dua yang sibuk berniaga dari mengajar, tak sedap aku dengar. Mungkin gaji cikgu kena naik sampai satu tahap yang masyarakat kita hormat dan cikgu tak payah berniaga. Yelah, dalam masyarakat kita, selagi kau tak kaya, takda orang nak hormat dah. Dulu siapa yang berilmu, akan dihormati. Apatah lagi yang memberi ilmu. Lagipun inilah kerja paling mulia atas dunia. Anak murid duk doa rahmat cikgu sampai akhir hayat! Kau kerja pilot airbus sape doa?

Cerita Jet Lag #9 : Perihal Beli Tiket

7 bulan dekat Oklahoma, sampai juga masa aku meneruskan kerja hakiki. Hati rasa berat tapi hidup perlu di teruskan. Pertama kali aku nak beli tiket yang ada kena transit. Jadi aku punyalah mengkaji nak dapatkan harga paling murah. Jadi setelah habis research, aku simpulkan yang aku beli dari American Airlines ke Los Angeles dan Malaysia Airlines untuk ke Kuala Lumpur. Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku betapa berisikonya pembelian sebegini. Februari 2014, aku terbang dari Oklahoma ke LA. Sampai di airport, kutip beg, bergerak ke terminal  antarabangsa pulak. Penuh manusia. Aku ada 4 jam masa disana. Aku perhatikan TV besar yang tunjuk jadual flight. Belambak yang cancel atau delay. Patut la banyak manusia. Ada yang duk bertekak dekat kaunter sebab akan terlepas connecting flight tapi airline tak mau bertanggungjawab. Kalau connecting flight tu kita beli asing, itu tak kira connecting rupenye! Memang hangus, nasib aku baik la flight aku semua on time. Research tak cukup

Sembang #21 : Writer's Block

Keadaan yang mana penulis tak boleh berfikir apa yang hendak di tulis. Aku lama tak menulis. Tapi aku rasa sebab aku kurang membaca kebelakangan ini. Asas dia mudah. Pandai membaca, baru menulis. Cikgu darjah satu dah ajar lama dah. Menulis tanpa membaca, bangang.

Sembang #20 : Mana Ekor?

"Why we don't have tail?", soalan anak aku hari ni. "Because we are human", jawab aku. "Why?", soalan susulan paling famous. Kalau mak dia marah jawab sepatah. Anak tanya sepatah takpe pulak.