Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Sembang #35 : Mereputlah Kau Teksi

Satu hari aku balik ke KL, hajat di hati nak singgah dekat rumah sewa di Balakong. Dari KLIA terus aku lancar naik ERL ke Bandar Tasik Selatan. Oleh kerana laluan ERL ni betul-betul tepi highway, jadi aku nampak betapa tenangnya highway di malam itu. Tak lama kemudian aku sampai di BTS. Aku rasa aku naik teksi je ke rumah, malas nak menyusahkan member-member. Aku selak beg duit, ada seringgit je. Aku gigih naik terminal bas tu semata-mata nak cucuk duit. Demi nak naik teksi. Sampai dekat ATM, macam ular dia punya barisan! Sikit punya panjang. Jadi aku ambil keputusan untuk turun, dan suruh abang teksi berhenti dekat Petronas dekat rumah aku nanti. Situ ada ATM. Jadi aku pergilah ke tempat teksi. Nampak banyak beratur menunnggu pelanggan. Hairan gak, terminal besar macam ni teksi rilek je. Nak berjalan ke arah teksi, aku dengar perbualan teksi dengan sorang hijabster ni. "Pak Cik, saya nak ke Cheras boleh?", tanya hijabster. "Cheras masa-masa ni jem la dik, saya

Cerita Jet Lag #15 : Kecoh Sebentar di Detroit

Imej
Sebelum ke Taipei, aku perlu transit di Detroit. Flight yang aku naik sangatlah kecik macam dalam gambar. Orang Asia macam aku ni pun rasa sempit dia. Apatah American yang besar gedabak semuanya. Tapi aku suka je naik flight ni, sebab dia terbang rendah. Jadi kau nampak la permandangan. Cewah! Art sangat! Ada satu benda pasal kapal terbang dekat Amarika ni, yang mana pramugara-gari dia takdalah macam di Asia. Paras rupa, saiz badan semua dia main taram. Semua boleh. Jadi kali ni minah yang bertugas ni agak besar sikit saiz dia. Bila nak landing dekat Detroit macam biasa ada pengumuman matikan alat elektronik. Biasa la tu kan. Lepas sekali lagi dia buat pengumuman, beria betul. Tapi kali ni kapal terbang goyang semacam. Kapten kapal keluar kepala dari kokpit dan bercakap dengan pramugari. Lepas tu, dengan keadaan sempit tu jugak dia berlari ke belakang dan start check talifon semua penumpang supaya betul-betul padam. Ramai yang dah panik, sebab muka pramugari dah tak tentu arah. F

Sembang #34 : Tuhan Di Mata Budak

Mengajar budak konsep ketuhanan agak mencabar. Kami ajar kembar yang alam ini dijadikan tuhan. Segalanya tuhan buat. Maka bermulalah siri soalan yang tak berkesudahan. "Why Allah make building?" "Why Allah create cow?" Dan pelbagai lagi soalan tentang alam. Jadinya jawapan aku berkisar akan fungsi sesuatu ciptaan tuhan itu sendiri. Maka satu hari sedang memandu ke kedai, bertanyalah si Adif, "Why Allah create big tree?", sambil tunjuk satu pokok besar dekat luar. Bini aku dah ada trick baru, jawab soalan dengan soalan. Jadi Nadia tanye dia balik. "What do you think?", soal Nadia. Si Adif ni, dia akan sedaya upaya jugak jawab soalan mak dia walaupun kebanyakannya kelentong je. "Because Allah is nice!! It's so pretty!!", jawab si Adif. Dia mungkin baru 5 tahun, tapi dia sedarkan kami erti bersyukur.

Sembang #33 : Kartun Pasal Berak

Imej
Ada anak kecil bermakna banyak masa kau akan dihabiskan dengan tengok cerita kartun. Aku jenis suka tengok TV, jadi anak-anak aku tengok cerita kartun yang ada dekat TV. Jadi sepanjang scene tengok cerita kartun dekat Amarika ni, aku perasan satu benda yang jauh beza dengan Malaysia. Kartun mereka banyak yang mendidik. Dan benda yang mereka nak didik itu mudah. Cerita Nina Needs To Go ni adalah contoh terbaik. Mudah, budak perempuan yang tengah potty train dan selalu tak nak pergi kencing dulu sebelum keluar rumah. Akhirnya bawa masalah. Jadinya si kembar sendiri yang nak pergi kencing kerana mudah, "I don't want to be like Nina". Sementara itu, di Malaysia, Boboboi dah ada filem.