Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Sembang #41 : Antara Inovasi dan Punoh

Imej
Aku duk perati dalam 10 tahun kebelakangan ni, orang kita makin cuba untuk mempelbagaikan makanan dalam negara. Walau pada hemat aku, banyak kueh-kueh tradisional yang dah dilupakan wajar dibawa ketengah agar tak jadi sejarah. Jadi dalam menuju ke arah inovasi makanan baru ni, kita suka mencampurkan 2 bahan menjadi satu gabungan makanan. Khasnya, bahan makanan berunsur kebaratan. Nampak kreatif dan moden dalam satu masa yang sama. Jadi pilihan utama peniaga kita, cheese! Serba mak nenek nak bubuh cheese! Luga tekok kata orang ganu.

Sembang #40 : Brunei Berbanggalah

Imej
Satu hari aku mengada-ngada pergi Brunei, untuk makan tengahari di Excapade Brunei. Dekat Miri ada je. Tapi saja, bosan. Jadinya masuk je sempadan Brunei aku perasan ada satu papan tanda bertulis "Berbanggalah Menggunakan Bahasa Melayu". Memang respek aku dengan orang Brunei. Sebab dekat Malaysia ni aku tak rasa ramai yang bangga. Jadinya sampai di Excapade, lepas aku belek-belek menu dekat setengah jam, aku dah bersedia. Datang pelayan dia dengan pen dan kertas. Bertudung litup ala Brunei. "Saya nak Unagi Set sigik", aku memang jarang aplikasi bahasa sarawak walau dekat Miri sekalipun. Tapi entah macam mane tiba-tiba keluar "sigik". "Anything else you want sir?", jawab pelayan tu. Olloh punoh.

Sembang #39 : Cekadak LetGo

Imej
Di Amarika, membeli barang-barang terpakai ni adalah sangat biasa. Malah tidak melambangkan status kewangan seseorang. Kalau pakai Cardillac pun, pergi jugak beli barang-barang terpakai. Aku syak ini lebih kepada budaya, dan kesedaran sivik tinggi di kalangan rakyat akan erti guna semula. Bukan hanya terhad kepada tong sampah berwarna-warni di sesetengah negara. Eh. Jadinya aplikasi LetGo agak popular di sana, dan aku juga membeli dan menjual barang menggunakan LetGo. Kau boleh letak berapa saja harga kau nak, dan pembeli akan bertanya akan harga dan kualiti barang melalui apps. Malah kau boleh je letak harga percuma. Jadinya aku ada Humidifier yang aku dapat free dari member, dan aku rasa tak berbaloi pun untuk dijual. Aku pun bubuhlah untuk diberi percuma. Berduyun-duyun yang bertanya, tapi takda pun yang datang ambil.  Paling menarik, sorang makcik ni duk bertanya beriya pasal keadaan Humifier ni. Bila aku bagi alamat aku untuk datang ambik, dia punya reply paling lejen

Cerita Jet Lag #16: Embun Taiwan

Dari Detroit aku bergerak ke Taiwan, kalau diperhatikan peta dunia, alang-alang dah sampai Detroit eloklah kiranya aku ambik route melalui Europe untuk lebih cepat sampai. Tapi dek kerana nak jimat, aku kena patah balik ke Taiwan. Tapi sebelum tu, aku kena singgah di Tokyo dulu sekejap. Jumlah masa perjalanan dari Detroit ke Taiwan, 20 jam tuan-tuan. Kebas bontot. Tokyo tak banyak kerenah, aku hanya mundar-mandir mencari surau. Tapi kesudahan dia tak jumpa. Aku sembahyang je tepi-tepi jalan dekat airpot dia. Lagipun waktu transit aku hanya sekejap.  Meneruskan perjalanan, aku naik lagi terus ke Taipei. Nasib baiklah in-flight entertainment dalam Delta Airline ni mantap. Jadi terisi jugalah masa aku. 10 malam aku tiba di Taipei. Penerbangan seterusnya, 8 pagi esok.  Aku kena ambil beg-beg aku untuk check-in lagi pagi esok dek kerana American Airline tak dapat nak check-in terus sampai Kuala Lumpur. Airport Taoyuan makin lengang. Aku dah serabut dengan beg besar-besar ni. Jadi

Sembang #38 : Perihal Sebijik Coklat

Adif sangat gemar makan coklat. Memang lain macam dia punya taksub dengan coklat. Macam-macam peraturan kami buat supaya kurang la sikit dia punya tabiat makan coklat. Jadinya, kebanyakan coklat yang kami beli atau dapat percuma kami akan sorok dan bagi sikit-sikit. Jadi budak ni, bila dah besar, akal dah panjang, dia mula la cari sendiri coklat yang kami sorok. Nak dijadikan cerita, satu hari datanglah si Adif, duk panggil aku beriya. Muka cukup bimbang, berkerut dahi. Aku dah fikir ini satu benda yang cukup serius! "This chocolate already turn bad, we need to get rid of it!", kata Adif dengan raut wajah bersungguh dia. Dia kalau bab coklat, memang serius. Lalu dia hulurlah Kiub Tom Yam Know dekat aku dengan harapan aku buang semuanya. Baru kau tau rasa coklat Tom Yam!