Cerita Jet Lag #1 : Intro
Imbas kembali tahun 2004, bermula sesi kenyit mata dengan Nadia. Kami satu sekolah, tingkatan 5 mestilah kena mula cari calon bini. Kelas aku paling depan, dia paling belakang. Senang cerita, aku pandai, dia ehemm.. Dia jenis awek yang ramai abang angkat, jenis yang tiba-tiba ada orang bagi coklat dalam meja. Aku jenis malas berusaha, kenyit mata tu kira paling usahalah.
Melihatkan kedudukan kelas tu sendiri, aku ramalkan dia jadi cikgu taska. Memang terbaik pemikiran tingkatan 5 aku. Baru kenyit mata, dah boleh bayang dia duduk rumah main dengan anak-anak aku sambil tunggu aku balik kerja dengan kereta Ferarri merah.
Lepas SPM, aku mula mengorak langkah pencarian bini. Aku memang anak murid yang patuh, cikgu tak bagi couple masa sekolah. Jadinya, lepas SPM barulah bermula sesi perkenalan.
Keputusan SPM keluar, seperti yang aku jangka. Aku dapat biasiswa asasi. Dia dapat masuk matrikulasi. Syukur, cikgu taska berpendidikan matrikulasi. Ikut ramalan aku. Tapi, lain kisahnya di matrikulasi. Sel-sel otak dia baru berhubung sampai boleh dapat CGPA yang tak masuk akal. Sambung ijazah, benda sama berlaku. Pernah dia telefon aku menangis sebab dapat A-. Mengadu dekat aku yang baru balik karaoke sebab nak raikan subjek yang dapat C-. Management Accounting, sampai sekarang tak faham.
Ramalan cikgu taska aku memang dah ke laut. Nadia dapat tawaran sambung belajar di Amarika. Aku dah bekerja. Jadi atas nasihat keluarga, kami berkahwin. Sebelum ke Amarika, kami dapat anak kembar yang kerja buat pening kepala aku berdua. Adif dan Alisya. Ya. Anak kembar lelaki dan perempuan. Kalau nak cerita melayan kembar, aku kena buka blog baru. Macam-macam kerenah. Ceria hidup.
Tahun 2013, kami nekad untuk tinggal sekeluarga di Amarika. Kembar pun ikut sekali. Ikut perancangan, aku akan tinggal hanya 7 bulan sahaja. Selepas dari itu, aku akan datang hanya untuk tempoh singkat tapi sekerap mungkin. Dari situlah bermulanya perjalanan pergi balik aku, dari Kuala Lumpur ke Oklahoma. Dan tak lama selepas itu, dari Miri ke Oklahoma.

Ulasan
Catat Ulasan