Sembang #35 : Mereputlah Kau Teksi
Satu hari aku balik ke KL, hajat di hati nak singgah dekat rumah sewa di Balakong. Dari KLIA terus aku lancar naik ERL ke Bandar Tasik Selatan. Oleh kerana laluan ERL ni betul-betul tepi highway, jadi aku nampak betapa tenangnya highway di malam itu. Tak lama kemudian aku sampai di BTS.
Aku rasa aku naik teksi je ke rumah, malas nak menyusahkan member-member. Aku selak beg duit, ada seringgit je. Aku gigih naik terminal bas tu semata-mata nak cucuk duit. Demi nak naik teksi. Sampai dekat ATM, macam ular dia punya barisan! Sikit punya panjang.
Jadi aku ambil keputusan untuk turun, dan suruh abang teksi berhenti dekat Petronas dekat rumah aku nanti. Situ ada ATM. Jadi aku pergilah ke tempat teksi. Nampak banyak beratur menunnggu pelanggan. Hairan gak, terminal besar macam ni teksi rilek je.
Nak berjalan ke arah teksi, aku dengar perbualan teksi dengan sorang hijabster ni.
"Pak Cik, saya nak ke Cheras boleh?", tanya hijabster.
"Cheras masa-masa ni jem la dik, saya tak amik pergi Cheras", jawab driver teksi sambil tepuk tangan belakang. Konon jem sangatlah tu. Jadi awek tu mengalah. Berjalan la dia bawa diri.
Aku pun pergilah tanya driver teksi tu jugak sebab teksi dia paling depan dalam lorong tu.
"Bang, saya nak pergi Balakong, dekat je", aku tanya driver teksi tu sambil dah plan ayat nak suruh berenti ATM.
"Balakong... Balakong jem la masa ni dik, Saya tak amik", jawab driver teksi tu.
"Mana ada jem bang, saya naik tren dari KLIA, nampak tenang je Highway Besraya tu", jawab aku.
"Oh kita memang tak amik dik, teksi saya pergi KL je, cuba try teksi yang sebelah KTM sana", jawab driver teksi.
Aku dah malas nak layan brader ni. Buka apps uber depan mata.
"Takpa la bang, saya naik uber je"
Mereputlah kau abang teksi, orang semangat nak bagi rezeki. Kau memilih pulak. Mamat tu line paling depan, aku tak tau la bila line teksi tu nak gerak kalau gitu gaya dia.
Tang mogok pandai!

Ulasan
Catat Ulasan