Sembang #37 : Cerita Cita

Waktu aku membesar, abah kerja jauh. Dia balik rumah hujung minggu saja. Jadi hari-hari aku akan belek suratkhabar cari berita yang abah tulis. Sekurang-kurangnya tak dapat jumpa, baca berita pun jadilah. Lama-lama minat menulis tu datang. Pernah jugak la menang pertandingan karangan kecil-kecilan. Cuma bila dah besar, minat tu makin pudar. Membaca pun makin kurang. Sekarang menulis balik pun dah tunggang-langgang.

Aku tengok anak perempuan aku sangat minat buat kek, biskut dan yang sewaktu dengannya. Aku tengok mak ayah orang putih sangat supportive atas minat anak-anak. Aku tahu budak-budak ni kadang-kadang minat sekejap je. Tapi aku akan cuba la layan setakat mampu untuk minat si Alisya ni. Kot nanti masuk masterchef budak-budak sape tau.

Si Adif, aku harap la dinosour hidup balik. Boleh dia kerja dekat Dinosour Park. Aaamin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sembang #41 : Antara Inovasi dan Punoh

Sembang #2 : Tatabahasa

Cerita Jet Lag #14 : 12 Jam