Aku duk perati dalam 10 tahun kebelakangan ni, orang kita makin cuba untuk mempelbagaikan makanan dalam negara. Walau pada hemat aku, banyak kueh-kueh tradisional yang dah dilupakan wajar dibawa ketengah agar tak jadi sejarah. Jadi dalam menuju ke arah inovasi makanan baru ni, kita suka mencampurkan 2 bahan menjadi satu gabungan makanan. Khasnya, bahan makanan berunsur kebaratan. Nampak kreatif dan moden dalam satu masa yang sama. Jadi pilihan utama peniaga kita, cheese! Serba mak nenek nak bubuh cheese! Luga tekok kata orang ganu.
Aku pernah ada blog sekitar tahun 2008. Menulis ketika itu adalah mudah. Tatabahasa aku masih bagus. Sekarang aku kekok. Aku tahu bahasa aku banyak salah, tapi di mana salahnya aku tak tahu. Melayu bangsa aku, bahasa aku bahasa melayu. Kadang-kadang aku nampak bangsa aku memperlekehkan grammar english sesama sendiri. Konon mereka lebih pandai berbahasa penjajah dari yang lain. Tapi tatabahasa melayu macam lahanat.
2 minggu aku di Oklahoma, sampai masa untuk pulang. Nak dijadikan cerita, oleh kerana aku beli tiket terlalu awal, adalah flight connecting tu yang cancel. Jadi route perjalanan aku terpaksa diubah. Hanya transit di Taipei yang mampu untuk sampai on time supaya aku tak payah ambil cuti lagi. Masalah dia, hampir 12 jam waktu transit aku. Malam pulak tu. Pasrah je la. Di Oklahoma City, aku check in di kaunter macam biasa, Tapi kali ni cukup lama masa yang di ambil. Lebih setengah jam untuk keluarkan boarding pass aku. Lepas kucar-kacir sana sini, call macam-macam orang, akhirnya minah di kaunter tu macam putus asa. Katanya, dia tak boleh check in aku sampai Kuala Lumpur. Aku kena lalu imegresen, dan keluar di Taiwan nanti. Masalah dia adalah, kau perlu visa untuk ke Taiwan katanya. Jadi dia call American Airline dekat Taiwan untuk setelkan sesampainya aku disana. Aku dah prepare mental dan fizikal untuk 12 jam di Taipei. Google macam-macam pasal airport dia. Siap beli buku untuk ba...
Ulasan
Catat Ulasan