Sembang #26 : Ini Kalilah Konon
Ekonomi sekarang, dengan kerajaan yang sedia ada, menyedihkan. Di pihak pembangkang, menyalahkan Najib Razak atas segalanya. Berhimpun mintak dia berundur. Dua pilihanraya, dia masih di situ. Rakyat disalahkan kerana masih memilih Najib Razak.
Mari kita lihat, apa pembangkang buat untuk menjatuhkan Najib Razak dengan cara betul. Aku bukan pro mana-mana parti ye. Hanya sekadar buah fikiran untuk kita renungkan pemimpin cap apa yang ada untuk pilihan kita kelak.
Calon pembangkang Parlimen Pekan PRU 2013, Fariz Musa. Seorang Cikgu. Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN Terengganu. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Terengganu.
Calon pembangkang Parlimen Pekan PRU 2008, Khairul Anuar Ahmad Zainudin. Aktivis. Angkatan Muda KEADILAN Selangor. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Selangor.
Nak salahkan orang pekan pilih Najib?
Semua nak selamat diri sendiri je. Berani sangat pergi la hadap dia dekat Pekan.
Nak tawan Malaysia konon.
Ulasan
Catat Ulasan