Sembang #25 : Pekan Kecil Siviknya Besar
Stillwater hanyalah sebuah pekan kecil. Kalau boleh aku umpamakan, hanyalah sebesar Bangi di Selangor. Satu hari, masa aku pergi tukar minyak hitam kereta, satu pekan Stillwater blackout. Aku nak balik ke rumah. Lampu isyarat semua padam.
Aku cerita sikit pasal perancangan bandar di Amarika amnya, supaya lebih faham betapa kritikalnya situasi ni. Mereka ini pakai konsep blok. Maknanya, berpetak. Blok-blok ini dipisahkan dengan jalan. Jadi konsep begini menyebabkan mereka ada banyak simpang 4. Seterusnya, banyak lah lampu isyarat.
Aku dah fikir jem teruk dah ni. Aku dah boleh bayang huru-hara dia kalau dekat Jalan Ampang ni. Sorang polis pon takda bayang nak datang jaga trafik. Peliknya, di simpang 4, kereta aku tak berhenti terlalu lama.
Aku peratikan semua kereta bergerak satu demi satu. Ikut giliran, ikut arah jam. Takda yang nak cuba-cuba potong giliran. Begitulah yang berlaku di semua simpang 4 yang lain dalam perjalanan ke rumah.
Stillwater mungkin bukan tempat orang kaya, tapi mereka kaya sivik.
Sementara itu, di Malaysia kita masih sembang pasal Faiz Subri tak pandai cakap omputih. Yang engkau cakap omputih, tapi perangai atas jalan tak macam omputih tapi macam orang gila.

Ulasan
Catat Ulasan