Cerita Jet Lag #13 : Motor Town
Sampai di Incheon, aku ke Detroit menaiki Delta Airline. Detroit ni boleh kata macam hub untuk Delta Airline la sebenarnya. Jadi penerbangan seterusnya ke Oklahoma City. Sampai dekat airport aku suka merayau dulu. Usha kawasan kata orang. Perati dulu gate dekat mana. Detroit boleh kata besar jugak airport dia, tapi tak boleh lawan Dallas atau LAX la.
Design airport dia pun simple, dua bangunan lurus di hubungkan oleh satu terowong bawah tanah. Memang jauh ke dalam tanah terowong dia. Boleh tahan jauh jugak. Jadi perjalanan aku ke Amarika setakat ini masih lagi indah. Tapi Detroit adalah permulaan cabaran dia.
2 jam aku tunggu dekat gate ke Oklahoma City, tiba-tiba ada pengumuman yang flight rosak. Jadi nak kena tukar flight. 45 minit sebelum berlepas. Tapi bila dia umum gate baru, semua kaget. Gate yang aku tunggu adalah paling hujung, dan gate baru juga paling hujung, tapi di terminal satu lagi.
"We will be boarding in 15 minutes, guys please be quick", kata mamat yang buat pengumuman. Semua orang terus lari. Rupanya dekat skrin tu dah lama tukar gate, tapi kami yang tunggu dekat gate lama ni tidak di beritahu.
Aku jalan laju-laju, turun masuk terowong, keluar terowong. Kaki sampai ada bunga-bunga krem.
Aku tak mau amik risiko naik tren dalam tu sebab lembap. Orang lain pun nampak sefahaman dengan aku.
Nama je Motor Town, motor tren tak power pun.

Ulasan
Catat Ulasan