Sembang #29 : Kita Semua Pelabel
Baru ni aku pergi ke US lagi. Hari aku sampai, President Trump baru sign Executive Order yang ban 7 negara majoriti muslim dari masuk US. American membantah sekeras-kerasnya. Semua International Airport termasuk DFW airport yang aku sampai tu penuh dengan orang yang datang protes. Dan mereka ini kebanyakannya adalah rakyat Amerika asal, bukan immigrant.
Dari kecik sampai besar aku di momokkan yang Amarika itu jahat. Israel itu jahat. Dan mereka harus di pandang dan di labelkan secara umum begitu. Melihatkan American dan Jew yang datang protes untuk muslim yang terkandas, jelas yang kita dan Trump takda bezanya. Cuma kita Islam dan kita perasan kita lagi suci dan merekalah jahat hakiki.
Sebagaimana kita tak mahu dilabelkan sama macam kes 1MDB dan Najib, begitu juga mereka. Kita tak mahu dilabel pengganas, mungkin kita kena mula dengan berhenti melabelkan mereka.
Ulasan
Catat Ulasan