Sembang #39 : Cekadak LetGo
Di Amarika, membeli barang-barang terpakai ni adalah sangat biasa. Malah tidak melambangkan status kewangan seseorang. Kalau pakai Cardillac pun, pergi jugak beli barang-barang terpakai. Aku syak ini lebih kepada budaya, dan kesedaran sivik tinggi di kalangan rakyat akan erti guna semula. Bukan hanya terhad kepada tong sampah berwarna-warni di sesetengah negara. Eh.
Jadinya aplikasi LetGo agak popular di sana, dan aku juga membeli dan menjual barang menggunakan LetGo. Kau boleh letak berapa saja harga kau nak, dan pembeli akan bertanya akan harga dan kualiti barang melalui apps. Malah kau boleh je letak harga percuma.

Jadinya aku ada Humidifier yang aku dapat free dari member, dan aku rasa tak berbaloi pun untuk dijual. Aku pun bubuhlah untuk diberi percuma. Berduyun-duyun yang bertanya, tapi takda pun yang datang ambil.
Paling menarik, sorang makcik ni duk bertanya beriya pasal keadaan Humifier ni. Bila aku bagi alamat aku untuk datang ambik, dia punya reply paling lejen.
"I live Tecumseh, i'm not feeling very well and my son really need it, can you deliver it?", ayat makcik tu.
Banyak dia punya cekadak, barang free nak suruh deliver pulak tu. Tecumseh tu sejam setengah punye drive mak cik!
Oleh kerana aku didikan baik dari ibu bapa, aku reply dengan baik. "Sorry".

Ulasan
Catat Ulasan