Cerita Jet Lag #16: Embun Taiwan
Dari Detroit aku bergerak ke Taiwan, kalau diperhatikan peta dunia, alang-alang dah sampai Detroit eloklah kiranya aku ambik route melalui Europe untuk lebih cepat sampai. Tapi dek kerana nak jimat, aku kena patah balik ke Taiwan. Tapi sebelum tu, aku kena singgah di Tokyo dulu sekejap. Jumlah masa perjalanan dari Detroit ke Taiwan, 20 jam tuan-tuan. Kebas bontot.
Tokyo tak banyak kerenah, aku hanya mundar-mandir mencari surau. Tapi kesudahan dia tak jumpa. Aku sembahyang je tepi-tepi jalan dekat airpot dia. Lagipun waktu transit aku hanya sekejap.
Meneruskan perjalanan, aku naik lagi terus ke Taipei. Nasib baiklah in-flight entertainment dalam Delta Airline ni mantap. Jadi terisi jugalah masa aku. 10 malam aku tiba di Taipei. Penerbangan seterusnya, 8 pagi esok.
Aku kena ambil beg-beg aku untuk check-in lagi pagi esok dek kerana American Airline tak dapat nak check-in terus sampai Kuala Lumpur. Airport Taoyuan makin lengang. Aku dah serabut dengan beg besar-besar ni. Jadinya, aku cuba la tanya-tanya manalah tau aku boleh check in awal. Flight aku seterusnya adalah China Airlines. Bila aku pergi kaunter, dia cakap China Airline takda kat sini. Taoyuan ni ada 2 Terminal rupanya!
Bergegas la aku ke Terminal satu lagi hanya berpandukan arah papan tanda. Satu benda dekat Taiwan ni, semua petunjuk kebanyakannya dalam bahasa Cina. Bahasa cina yang mana satu aku tak tau. Yang confirm cina. Dengan beg besar aku jalan masuk lorong-lorong. Makin lama makin takda orang. 10 minit menapak. Baru la aku jumpa train. Naik la train tu sorang-sorang tengah malam.
Sampai terminal 2 Taoyuan. Gelap gelita, hanya embun pagi terasa...
Ulasan
Catat Ulasan