Cerita Jet Lag #5 : Budak Tidur, Kau Tidur
Terbang di pagi hari ada yang tak syok dia. Kau segar. Dengan kata lain kau tak boleh tidur. Tapi memandangkan banyak benda yang diuruskan sebelum berlepas, sedikit sebanyak rasa letih tu ada. Rasa mengantuk pun datang dengan sendirinya. Tapi, ada dua beradik ni segar bukan main. Adif dan Alisya.
Ini bukan pertama kali si kembar terbang. Tapi mungkin meningkat usia, minda baru berhubung bak kata iklan. Jadinya semua benda adalah menarik. Tak boleh duduk diam. Jadinya penat kami ni taklah berpenghujung lagi melayan anak-anak dalam 7 jam penerbangan ke Narita, Tokyo.
Nak layan cerita dalam pesawat jangan harap. Satu cerita pun tak habis tengok. Tapi oleh kerana kami ni dah menyusahkan pramugari MAS dari mula-mula masuk lagi. Jadi si kembar selalulah di tegur oleh mereka ni. Adalah juga muka lain yang layan budak-budak ni.
Seperti lazimnya kau bawa anak kecil terbang, kau dapat keutamaan. Kau dapat makan dulu, malah pramugari pun duk buat susu. Tak lama kemudian barulah si kembar tidur. Tips terbang bersama bayi, anak kau tidur. Kau pun tidur sekali.
Sampai di Tokyo kami diberitahu pesawat seterusnya ke Los Angeles akan menggunakan pesawat yang sama, tapi kami dikehendaki keluar dulu untuk penyediaan kabin. Jadi aku keluar, aku paling akhir skali keluar. Sekali dengan pilot. Banyak benda nak dikemaskan.
Di luar pesawat, melihatkan aku kucar-kacir dengan Nadia dengan anak dan barang-barang, seorang staff airport Narita datang sapa kami, nak tolong. Pak cik jepun yang dah berusia ni fasih bahasa melayu. Dulu duduk Kajang katanya (siyes tak tipu). Pak cik ni tolong kami lalu fast lane sampailah ke gate seterunya, Los Angeles. Rasa macam VIP.
Arigatou Gozaimashita!! Haipp!!

Ulasan
Catat Ulasan