Cerita Jet Lag #2 : Daftar Masuk

Hari raya kedua tahun 2013, 9 Ogos, hari yang dipilih sebagai tarikh berangkat ke Oklahoma. Nak beraya juga walau sehari. Tiket mahal. Tak bolehlah balik selalu. Jadinya kita raya sakan dulu. Subuh hari itu kami berangkat ke KLIA. Perjalanan nampak mudah. Dari Kuala Lumpur ke Tokyo, Tokyo ke Los Angeles, Los Angeles ke Oklahoma City dan akhir sekali Oklahoma City ke Stillwater.

Mudah abah kau!

Kembar kami baru berusia 10 bulan. Perjalanan dengan anak kecil cukup melecehkan. Tanyalah ibu bapa yang lain, barang-barang dia punyalah banyak. Dari lampin, susu, baju, ubat dan banyak lagi. Untuk aku, berganda, semuanya perlu berganda disebabkan kembar, Semua barang ni kami perlu bawa bersama dalam penerbangan. Perjalanan kami mengambil masa lebih dari 24 jam, jadi stok barang perlulah cukup untuk lebih dari 24 jam. Sebagai seorang ayah, aku pastikan hal-hal pergerakan beg terkawal. Isi beg, Kerja nadia.

Daftar masuk hari raya kedua. Dalam otak aku, membayangkan KLIA yang lengang tanpa manusia dek kerana semua masih sibuk merayakan Aidilfitri yang mulia. Cewah, Sangkaan aku meleset. Manusia penuh disana sini. Nak dijadikan cerita,entah bila Malaysia Airline menukar proses daftar masuk di kaunter mengikut penerbangan masing-masing kepada semua penerbangan digabungkan dalam satu barisan. Dia punya barisan berlingkar macam ular!

Aku tetap tabah beratur, nak buat macamana, Dah terpaksa. Hampir sejam beratur, sampailah giliran aku sekeluarga. Satu demi satu paspot diperiksa, Awek dekat kaunter dah buat muka panik. Kucar-kacir talifon sana-sini. Aku syak awek ni baru masuk praktikal hari ni. Hasilnya 3 orang staff MAS di kaunter aku. Saling berbincang, berkongsi pendapat. Suka hati kaulah. Asal boleh selesai. Ada maklumat tambahan yang awek praktikal tadi tak tahu kena letak, menyebabkan memanjang cubaan dia daftar masuk gagal. Ok. Aku dah rasa janggal duk tulis daftar masuk.

Bila datang staff MAS yang nampak ade pengalaman, dia bertanyakan perihal tempat duduk. Aku baru tahu rupanya ada benda alah untuk letak bayi dalam kapal terbang. Basinet kalau tak silap aku. Tempat duduk tu paling depan. Jadi takdelah kita kena riba sepanjang masa. Anak aku 10 bulan, jadinya tak dapat tempat duduk lagi. Aku pun berkenanlah akan tempat duduk tersebut, Senyum simpul akak tu berkata, "Dah ada orang duduk dik". Dan orang tu takdalah ada anak pun. Oleh kerana sistem itu dibuat sebegitu rupa, maka aku tak boleh alih penumpang yang dah cop tempat tu ke tempat duduk lain.

Jadinya, 19 jam penerbangan Malaysia Airlines, ada 3 basinet kalau tak silap, sorang budak pun tak guna. Aku cadang MAS patut auto-register tempat basinet tu sekiranya ada bayi dalam pesawat. Baru la berguna benda alah tu.

Lebih dari 30 minit, akhirnya selesai sudah. Aku diberi 12 pas masuk, untuk kami berempat terus ke Oklahoma City, AMARIKAAA!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sembang #41 : Antara Inovasi dan Punoh

Sembang #2 : Tatabahasa

Cerita Jet Lag #14 : 12 Jam