Cerita Jet Lag #4 : Malaysia Airlines
Tahun 2008, 8 bulan aku buat praktikal di Malaysia Airlines (MAS). Tempoh cukup lama. Ada staff yang ingat aku memang kerja situ dah. Aku tak pernah naik kapal terbang walau sekali pun sebelum aku praktikal dengan MAS walaupun rumah aku dekat kampung betul-betul tepi pagar lapangan terbang. Aku praktikal bahagian Online Ticketing, masa tu tengah hangat kempen "Everyday Low Fare" untuk lawan kempen Air Asia. Jadi aku tahu bila tiket murah, bermula dari situ, aku lupakan bas. haha
Jadi aku ada sentimen dengan MAS, ada romantis dia. Oleh kerana perjalanan aku sekeluarga sampai ke Los Angeles dengan MAS, aku sedikit lega. Berbalik kepada kedudukan tempat duduk yang jauh dalam perjalanan kami ke Tokyo, masa sampai waktu masuk pesawat tu, kami di beri keutamaan sebab bawa bayi. Jadinya, memang jauhlah tempat duduk kami, barang semua dalam beg yang sama. Perjalanan 7 jam agak tak praktikal la kami nak bergerak untuk ambil barang.
Kedudukan kerusi dalam pesawat adalah 3-4-3. Naik kelas ekonomi bang. Aku pun tak faham, Nadia cakap dia pegawai kerajaan. Tapi terbang sampai 20 jam naik kelas ekonomi. Bersyukurlah atas apa yang ada. Malaysia terlebih bersyukur. Nanti aku sembang bab bersyukur. Untuk aku sekeluarga duduk di ruangan 3 yang tepi tingkap tu adalah salah menurut IATA, International Air Transport Association. Ini badan yang menentukan standard keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pengendali penerbangan seluruh dunia.
Oleh itu, walau aku dan nadia sahaja yang memerlukan tempat duduk, kami tak boleh duduk dekat dengan tingkap kerana alat bantuan pernafasan hanya ada 4 disitu. Kembar kami duduk atas riba je. Tak cukup umur untuk dapat tempat duduk. Jadinya kami kena ambil kedudukan 4 kerusi di tengah. Pramugari dan pramugara MAS sibuk menguruskan tempat duduk penumpang, akhirnya kami berempat di panggil ke dek belakang sekali, ada 4 kerusi dan hanya satu je yang ade penumpang. Jadinya dapatlah 3 kerusi untuk kami sekeluarga. Seperti yang aku cakap tadi, aku lega naik MAS.
Ayuh kita ke Narita!

Ulasan
Catat Ulasan