Cerita Jet Lag #3 : Baby Carrier
Selepas sesi bersalaman, linangan air mata syahdu di pagi raya, kami menuju ke Terminal M, destinasi pertama, Tokyo. Ketika perjalanan kami ke pintu pelepasan saja, aku dah sedar kesilapan besar yang aku buat. Memilih untuk bawa baby carrier daripada bawa stroller.
Untuk yang bujang, baby carrier itu macam beg untuk isi baby dan letak baby tu dekat depan. Kira macam Kanggaroo la nak senang cerita. Hujah aku untuk tak bawa stroller adalah kerana saiz dia dan betapa banyaknya barang yang kami kena bawa selain stroller. Alisya agak berat untuk bayi berumur 10 bulan. Tembam tak ingat. Atuk nenek duk suap susu hari-hari. Untuk galas Alisya dengan baby carrier sambil bawa barang-barang, cukup menyeksakan bahu dan pinggang aku.
Pintu untuk ke Tokyo pula adalah yang paling hujung sekali dalam Terminal M. Azab. Dia punye berat, sampai kalau aku dah tak galas pun, bahu aku masih rasa macam ada beban. Macam cerita hantu Thailand, Shutter.
Pengajaran untuk ibu bapa sekalian, bawalah stroller kalau nak berjalan. Paling mudah yang bentuk macam payung tu. Murah, ringan dan kecil. Sebabnya, kalau di ikut pengalaman aku, KLIA antara lapangan terbang paling strategik pelan dia. Dallas, Hong Kong, Taiwan, Narita, Los Angeles, Detroit dan paling celaka, Paris. Tak payah berangan nak gendong anak, mahu patah pinggang dibuatnya. Tambahan pulak, kekerapan pintu penerbangan kau bertukar tahap gaban.
Pasal tukar pintu ni aku cerita lain kali.

Sampai di pintu ke Tokyo, staff Malaysia Airlines sambut kami dengan mesra. Bawak budak, mesra la kau. Yang terbaiknya, mereka sedar pasal tempat duduk kami yang agak jauh. Jadinya, mereka beri jaminan akan cuba ikhtiarkan sesuatu. Terima kasih MAS.
Ulasan
Catat Ulasan