Cerita Jet Lag #7 : California dan Imigresen
Sampai di Los Angeles, beratur panjang untuk masuk. LAX, kod nama untuk lapangan terbang Los Angeles adalah yang kedua paling sibuk di Amarika sebab ini adalah macam pintu masuk sebelah barat Amerika. Kalau di timur, Chicago adalah pintu masuk utama dia.
Jadi sedang beratur, segala kemungkinan bermain dalam kepala aku. Yelah, kita dimomokkan bahawa Amarika ini benci Islam. Sedikit sebanyak terkesan juga dalam otak. Sampai giliran kami, macam-macam soalan ditanya. Pegawai imigresen dia nampak garang je semua. Setelah diperiksa segala dokumen dan paspot. Kami dibenarkan masuk ke Amarika.
Dua orang anak, tentulah digendong guna baby carrier. Pinggang kembali terasa sakit. Kami kena ambil beg untuk pemeriksaan beg pula. Beg-beg yang besar tu aku tolak untuk pemeriksaan TSA, Transformation Security Administration. Mereka ni lah yang akan cek barang-barang. Jadi muka kena yakin. Kalau tak, semua beg kau kena selongkar.
Tapi muka kami tak yakin, kami penat dan kelam kabut dengan anak. Jadi melihatkan keadaan itu, pegawai TSA tu tak suruhlah kami cek barang. Syukurlah. Jadi kalau di lapangan terbang lain, lepas saja pemeriksaan TSA, kita akan disuruh letak balik bagasi kalau ada destinasi seterusnya. Tapi tidak di LAX. Untuk penerbangan domestik kau kena menapak bersama beg ke satu lagi bangunan terminal yang khusus untuk penerbangan domestik sahaja. Wadehek!!
Membawa dua anak kecil, kau mudah menarik perhatian. Jadi staff lapangan terbang tu sapa kami, bertanyakan kemana arah tuju dan dari mana kami datang. Mendengarkan kami dari Malaysia, dia beritahu kami yang akan ada orang uruskan beg-beg kami. Selang seminit, muncul kelibat dengan ID kad besar tertulis "Malaysia Airlines". "Don't worry sir, we'll take care of your luggage. Enjoy your trip to Oklahoma City", lega rasa hati. Music to my ears kata orang putih.
Kami pun berlalu pergi, mencari arah ke Oklahoma City.

Ulasan
Catat Ulasan