Sembang #7 : Berat Mu Zahid

Tengah aku duduk sedap sembang pasal bahasa, Zahid Hamidi pergi berucap di PBB dalam bahasa Inggeris sebarainya. Memang kelakar. Jadi setiap isu akan adalah orang komen itu ini. Kebanyakannya menjurus kepada Zahid Hamidi memalukan Malaysia. Seorang pemimpin bertaraf dunia haruslah pandai bertutur dalam bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi planet bumi seperti yang mereka lihat dalam filem-filem Amerika. Nanti senang kalau Alien ubah fikiran nak serang Kuala Lumpur, kita boleh sembang.

Zahid Hamidi balik Malaysia. Dia keluar kenyataan, "Sebagai orang Malaysia perlu fahami bahawa di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung, berbanding dengan rakyat Malaysia yang telah 25 tahun tinggal di negara ini tetapi masih tidak fasih berbahasa Melayu".

Dalam bab ini, aku bersama Zahid Hamidi. 

Cumanya, berlatih la sikit sebelum pergi berucap di PBB lepas ni.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sembang #41 : Antara Inovasi dan Punoh

Sembang #2 : Tatabahasa

Cerita Jet Lag #14 : 12 Jam